Pelihara integriti proses pilihan raya

Putrajaya: Semua pihak, terutama parti politik yang bertanding pada pilihan raya kali ini diminta memelihara integriti proses pilihan raya demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata demokrasi negara akan kekal dan berjaya walaupun bersifat sengit serta amat berdaya saing jika semua pihak menghormati proses dan keputusannya.

 

“Semua parti politik yang memilih untuk terbabit dalam proses pilihan raya kali ini perlu bertanggungjawab.

 

“Janganlah kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap parti masing-masing, maka ada pihak cuba menyemai racun syak wasangka, seterusnya merosakkan kepercayaan kepada integriti proses pilihan raya yang bakal diadakan.

“Insaflah dan ambil iktibar daripada apa yang berlaku di negara lain di mana taktik ini cuba diguna pakai.

Pilihan raya telus

“Kesan akhirnya proses dan keputusan pilihan raya di negara berkenaan tidak lagi diyakini dan mana-mana kerajaan yang dipilih termasuk dari parti yang mengamalkan taktik itu ditolak oleh rakyat. Sejarah membuktikan proses pilihan raya di Malaysia berwibawa adil dan telus.
“Kerajaan yang dipilih hasil pilihan raya umum, sama ada pada peringkat Persekutuan mahupun negeri adalah kerajaan yang mendapat sokongan dan keyakinan majoriti rakyat, sesuai dengan amalan demokrasi sejagat,” katanya.

Najib memberi jaminan kerajaan sementara meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sesuai dengan prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sehingga selesai pilihan raya.

Beliau juga memberi jaminan dan meminta parti politik yang terbabit PRU-13 memastikan sebarang peralihan kuasa sama ada peringkat Persekutuan mahupun negeri berlangsung secara aman dan tertib.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s