Harimau ASEAN

Malaysia ‘Harimau ASEAN’

KUALA LUMPUR 9 Mei – Azerbaijan melihat Malaysia sebagai satu negara Islam yang maju dan menyifatkannya sebagai ‘Harimau Asia Tenggara’, yang disokong oleh pembaharuan ekonomi yang baik dan pembangunan yang pantas, kata bakal Duta Azerbaijan ke Malaysia, Prof. Dr. Qaley Allahverdiyev.

Katanya, Malaysia yang menduduki kedudukan ke-25 di dalam Indeks Kompetitif Global 2012-2013 World Economic Forum (WEF), telah menarik minat Azerbaijan (yang menduduki kedudukan ke-46) untuk mengembangkan hubungannya dengan negara ini.

“Kami mahu menjadi seperti Malaysia dan pada tahap yang sama seperti Malaysia. Malaysia dan Azerbaijan adalah dua negara Islam yang mengamalkan demokrasi secara meluas dan kami melihat Malaysia sebagai ‘Harimau Asia Tenggara’ dan kami ingin menjadi ‘Harimau Caucasus’,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama bersempena ulang tahun ke-90 pemimpin negara Azerbaijan, Heydar Aliyev pada 10 Mei. Aliyev adalah Presiden Azerbaijan dari 1993 hingga 2003, selepas menerajui Soviet Azerbaijan dari 1969 hingga 1982, yang merupakan orang Islam pertama menjadi wakil di dalam struktur teratas Soviet.

Presiden semasa Azerbaijan ialah anak Aliyev, Ilham, yang memenangi pilihan raya presiden pada 15 Oktober, 2003, selepas bapanya bersara menjadi presiden pada awal Oktober tahun yang sama.

Allahverdiyev berkata, Azerbaijan baru-baru ini memutuskan untuk mengembangkan hubungan dengan negara-negara ASEAN dan menyifatkan Malaysia sebagai peneraju di rantau ini dan kedua-dua negara telah mempunyai hubungan politik yang baik.

“Kini, kami mahu mengusahakan lebih banyak hubungan perniagaan yang baik di dalam pelbagai sektor, yang termasuk petrokimia selain pelancongan dan kebudayaan,” katanya.

Tahun lepas, katanya Azerbaijan dan Malaysia mencatatkan perdagangan keseluruhan hampir AS$400 juta (RM1.19 bilion), yang mana import Malaysia dari Azerbaijan bernilai AS$370 juta (RM1.10 bilion), dengan kebanyakannya merupakan minyak mentah berjumlah 442,000 tan metrik.

Eksport keseluruhan dari Malaysia ke Azerbaijan dicatatkan AS$14.15 juta (RM42.13 juta), engan mana minyak dan komponen kimia merupakan penyumbang terbesar bernilai AS$4.1 juta (RM12.21 juta) dan minyak sawit AS$3.3 juta (RM9.83 juta).

Pada 2012, kira-kira 290 rakyat Malaysia melawat Azerbaijan bagi urusan perniagaan dan kerja, terutama sekali di dalam sektor petrokimia, katanya, sambil menyatakan bahawa, pada masa ini terdapat kira-kira 50 rakyat Azerbaijan di Malaysia yang kebanyakannya pelajar dan juga di dalam sektor perniagaan.

Di segi pelancongan, Setiausaha Pertama di Kedutaan Azerbaijan, Vasif Abutalibov berkata, Azerbaijan telah mulai membina infrastruktur baharu bagi sektor pelancongannya di pantai Laut Caspian dan berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan melawat Azerbaijan.

Katanya, pelancongan di kedua-dua negara boleh dipertingkatkan jika Malaysia Airlines (MAS) memulakan penerbangan langsung ke Baku, ibu negara Azerbaijan sekali seminggu, yang akan turut membolehkan ahli-ahli perniagaan kedua-dua negara mendapatkan peluang perniagaan.

Buat masa ini, tiada penerbangan langsung antara Kuala Lumpur dan Baku. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s