Akta Hubungan Kaum (RRA)

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

KERAJAAN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dihargai atas kesediaan menukar nilai-nilai dan amalan tertentu yang telah pun lama bertapak.

Gagasan 1Malaysia beliau, tidak diragui lagi telah menjadi salah satu daripada usaha untuk membawa perubahan dalam pentadbiran dan politik.

Sebab itu, walaupun isu dan masalah akan terus melanda dari semua arah dalam pelbagai bentuk dan saiz, namun Kabinet yang sedang dibentuk hasil PRU-13 perlu menangani isu-isu perhubungan kaum.

Setelah melihat bagaimana sentimen kaum berjalan sepanjang kempen pilihan raya terutama dalam segi kecenderungan menghasut, ketaksuban kaum dan agama, mungkin ini masa yang sesuai untuk mempertimbangkan penggubalan undang-undang Akta Hubungan Kaum (RRA).

Britain telah berjaya dalam hal ini dan masalah perkauman serta perkara berbau diskriminasi telah berjaya dikawal. Kini, sudah perlunya satu Akta Hubungan Kaum yang merangkumi mengeratkan perpaduan sosial dan mungkin mentakrifkan pantang larang undang-undang dalam masyarakat berbilang kaum.

Akta Hasutan kita telah dibentuk pada 1948, iaitu ketika adanya aktiviti-aktiviti pengganas, kekacauan sosial dan politik serta ketegangan masyarakat berbilang kaum. Oleh itu, kebanyakan daripada undang-undang dan penjajah dahulu telah menjadi terlalu kuno dan tidak berkesan untuk digunakan dalam masyarakat 1Malaysia. Perlu ada satu peraturan yang lebih jelas mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan melalui sekatan undang-undang dikuatkuasakan apabila seorang individu diganggu oleh tindakan yang berbau perkauman atau layanan yang tidak adil.

Mentadbir sebuah negara berbilang kaum, ia mesti diakui dari mulanya, adalah satu tugas pelbagai cabaran.

Cabaran-cabaran ini adalah dalam bentuk isu-isu dan masalah-masalah yang mesti ditangani dengan cara rasional serta bersifat pembinaan negara.

Aset, kekuatan dan daya tahan negara Malaysia terletak dalam pembentukan kaum yang pelbagai, iaitu masa depan yang berbilang budaya dan kaum.

Tetapi perbilangan kaum ini di tahap runcing jika ia tidak dipupuk setiap masa dengan prinsip penggabungan dan penerapan nilai-nilai sejagat.

Dengan mempertimbangkan polarisasi kaum terutamanya melalui budaya yang tidak terkawal dan keterlaluan agama hanya akan menjadi berkesan dengan satu pelaksanaan undang-undang yang ketat.

Dan ini perlu berserta penghalusan pembentukan masyarakat.

Politik yang tidak berasaskan hujah-hujah rasional akan sentiasa menghasilkan perkara-perkara negatif. Dari tahun 2006 hingga 2011, kita telah melihat kejadian-kejadian menjijikkan seperti mencemar masjid dan kuil, melontar kepala lembu ke dalam kawasan kuil-kuil Hindu dan kepala khinzir dalam kawasan masjid dan surau. Ini terutamanya selepas Mac 2010, berikutan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan perkataan ‘Allah’ digunakan di sesetengah terbitan Katholik.

Pada Julai 2011 dan 2012, Kuala Lumpur dibanjiri kumpulan-kumpulan perusuh politik berbaju kuning yang dipanggil Bersih 2.0 dan 3.0. Dan ‘terbaharu’, yang terjadi pada PRU-13 baru-baru ini.

Semua parti politik perlu belajar bagaimana untuk menerima Bangsa Malaysia dalam konteks Malaysia sebagai asas tunjang demi Malaysia di masa depan.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Rencana/20130514/re_08/Wujudkan-segera-Akta-Hubungan-Kaum#ixzz2TDRXOXNL
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s