RUMAH PINTAR

KISAH pembantu rumah mendera anak majikan, pembantu rumah melarikan barang berharga serta pelbagai kisah lagi mengenai pembantu menjadikan majikan perlu lebih berhati-hati.

Kisah bayi yang didera dan dapat dikesan dengan cepat kerana si ibu meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) di dalam rumahnya bagi memantau pergerakan pembantu rumah yang baru bekerja pada hari pertama.

Kini sistem automasi rumah bukan hanya untuk keselamatan daripada pencerobohan tetapi juga memantau keadaan di dalam rumah dan menjimatkan tenaga elektrik hanya menggunakan telefon pintar.

Sebuah syarikat Starfield Electronic Group yang beribu pejabat di Hong Kong membangunkan jenama En’hance Sdn Bhd iaitu sistem automasi bagi rumah, pejabat serta kilang.

Pengarah Urusan En’hance Sdn Bhd, Robert C.S.Wong berkata, jika kini sistem automasi rumah menggunakan wayar yang berselirat dan kadang-kala mereka perlu menebuk dinding bagi memasang wayar.

“Menggunakan teknologi En’Hance tiada dinding perlu ditebuk dan tiada lagi wayar berselirat kerana segalanya boleh dilakukan tanpa wayar,” katanya.

Bukan itu saja, pemilik rumah boleh memilih dan berbincang mengenai apa yang mereka perlukan untuk kediaman mereka.

Ini semua bergantung kepada keperluan pemilik kediaman secanggih mana dan sebanyak mana peralatan yang diperlukan.

“Pihak kami akan berbincang mengenai keperluan pelanggan dan kami mahu mereka kembali untuk menambah lagi apabila keperluan meningkat.

“Misalnya jika mereka mempunyai bajet yang ketat, kami akan memberikan mereka peralatan yang asas dan mereka boleh menambah lagi apabila ada bajet,” katanya.

Pihaknya, jelas Robert mahu mengubah persepsi orang ramai mengenai sistem automasi rumah yang sering dikaitkan dengan kos yang tinggi.

“Kami mahu menjadikan sistem En’hance ini bukan hanya untuk rumah banglo dan kondominium tetapi juga untuk kediaman biasa seperti teres dan apartment,” katanya.

Keperluan asas bagi sistem En’hance adalah seperti konsul, suis dan soket, alat kawalan jauh universal dan modem zigbee.

Alat kawalan jauh universal boleh menggantikan semua alat kawalan jauh lain untuk mengawal peralatan elektrik termasuk langsir dan pintu pagar.

“Tapi jangan buang alat kawalan jauh lain kerana mungkin anda boleh menggunakannya di dalam bilik tidur atau di dapur,” katanya.

Apabila pengguna selesa dengan sistem En’hance, mereka boleh menambah beberapa aksesori keselamatan lain seperti penderiaan bagi mengawal lampu, pengesan cap jari di pintu, kamera IP dan CCTV.

“Kami akan memberikan apa saja yang pelanggan perlukan sama ada di dalam atau di luar rumah.

“Sistem ini juga boleh digunakan di luar rumah bagi mengawal lampu taman, kolam renang dan menghalang pencerobohan,” katanya.

Hanya menggunakan platform telefon pintar seperti iPhone 3/3GS/4, iPad1, iPad 2, Blackberry, Playbook, telefon pintar HTC dan SAMSUNG Galaxy S, Galaxy S2, Galaxy Tab yang menyokong Android, iO/S dan Windows pengguna sudah boleh memuat turun antara muka En’hance.

Pengguna akan diberikan kata laluan yang perlu ditukar kepada kata laluan sendiri dan mereka bukan saja boleh memantau apa yang berlaku di dalam rumah menggunakan CCTV tetapi juga menutup atau membuka lampu, langsir, televisyen, pendingin hawa atau teater rumah.

“Ini membolehkan pengguna mengawal apa saja di dalam rumah walaupun berada di luar negara,” katanya.

Tanpa WayarMenggunakan teknologi tanpa wayar, sistem En’hance direka khusus untuk mengawal secara virtual semua peralatan di dalam rumah.

“Sistem kami menawarkan kemudahan dengan memberikan status peralatan yang berada di dalam rumah dan memberikan amaran jika terdapat sebarang masalah mengenainya,” katanya.

Apabila pengguna berada di dalam rumah, mereka boleh memantau keadaan di dalam rumah menggunakan konsul dengan satu skrin kecil yang berfungsi seperti hub berpusat untuk semua peralatan di dalam rumah.

Lebih menarik sistem ini mempunyai sistem bagi menjimatkan tenaga. Meter tenaga yang dikeluarkan oleh En’hance direka untuk memantau penggunaan tenaga dengan pintar dan efisien.

Pelayan DLNA adalah satu hub berpusat bagi menghubungkan semua hiburan yang diinginkan termasuk multimedia, teater rumah dan akses Internet.

Sistem En’hance adalah direka untuk memenuhi keperluan keluarga.

Dengan menggunakan satu alat kawalan jauh pengguna boleh mengawal televisyen, teater rumah, pendingin hawa, langsir, pintu pagar.

Jangan bimbang jika anda lupa menutup televisyen jika berada di luar rumah kerana semuanya boleh dilakukan menggunakan telefon pintar.

Pengguna juga boleh melihat siapa yang berada di dalam rumah menerusi CCTV melalui telefon pintar.

Jangan bimbang kerana hanya mereka yang mempunyai kata laluan saja yang boleh membuka antara muka En’hance di dalam telefon pintar.

Bagaimana jika pengguna terlupa kata laluan? Jika pengguna terlupa kata laluan, pihak En’hance perlu pergi ke rumah pengguna.

Robert berkata, apa yang menarik, jika pengguna berpindah atau menjual kediaman mereka, sistem En’hance boleh dicabut dan diletakkan di kediaman baru.

“Jangan bimbang, kediaman anda tidak rosak kerana segalanya adalah tanpa wayar,” katanya.

Sistem Enhance dilancarkan di Malaysia sempena Pameran Eco-B yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 26 hingga 28 Mac lalu.

Sistem automasi ini adalah yang pertama di dunia dan mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sistem En’hance boleh melayari laman web http://www.e-enhance.com/.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s