SPRM TAWAR KHIDMAT NASIHAT

Johor Bahru: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menawarkan khidmat nasihat kepada agensi, syarikat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menutup ruang rasuah dalam organisasi mereka.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan), Datuk Sutinah Sutan, berkata mana-mana pihak boleh memohon kepada suruhanjaya itu bagi mendapatkan khidmat berkenaan.

 

Kaedah cegah rasuah

 

 

SPRM bukan saja mengambil pendekatan dengan mendakwa mereka yang memberi dan menerima rasuah, malah kita juga turut menggunakan kaedah pencegahan, termasuk menawarkan khidmat nasihat untuk menutup ruang dan peluang rasuah,” Datuk Sutinah Sutan,Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pencegahan

“SPRM bukan saja mengambil pendekatan dengan mendakwa mereka yang memberi dan menerima rasuah, malah kita juga turut menggunakan kaedah pencegahan, termasuk menawarkan khidmat nasihat untuk menutup ruang dan peluang rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis penutup Seminar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Membanteras Rasuah (Pembinaan Menjana Pembangunan Berintegriti) di sini, semalam.

Seminar disertai lebih 200 kontraktor itu turut dihadiri Pengarah SPRM negeri, Simi Abd Ghani dan Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Johor, Zaini Jalil.

Sutinah berkata, usaha meningkatkan kesedaran dan integriti setiap lapisan pegawai dan kakitangan perlu dijalankan secara berterusan.
“Setiap jabatan dan agensi kerajaan perlu terus mencari jalan membanteras rasuah dan meningkatkan kemungkinan untuk mengesan kegiatan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dalam organisasi sendiri.

“Menerusi khidmat nasihat yang akan diberikan, kita akan menggunakan strategi serampang tiga mata iaitu penguatkuasaan, pendidikan dan pencegahan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s