Komen pelajar mengenai Penggal 3 PA

Baru 2 bulan Penggal 3, berikut antara komen cikgu terima daripada anak didik.

1. Membosankan. Kerana banyak melibatkan pembacaan. Majoriti pelajar sekarang bermasalah bila membaca. Kalau baca majalah gosip, bersemangat pulak.

2. Menyusahkan. Kerana perlu ingat/hafal banyak fakta dan istilah berkaitan dasar luar negara. Pelajar tidak menganggap ia penting sebab belum ada kepentingan hendak mengingati semua fakta tersebut.

3. Melegakan. Kerana tidak ada PBS PA (dah dilaksanakn dalam Penggal 2). Tapi masih ada PBS subjek lain seperti BM, PP, Geografi dan lain-lain.

4. Melegakan. Bagi pelajar lemah pengiraan. Santalah berasa lega kerana tidak ada pengiraan. Pengiraan yang mudah sahaja. Sekurang-kurangnya taklah sakit kepala hendak mengira (walaupun pengiraan tidak sesukar mana) dan menganalisa maklumat petikan.

5. Sama seperti Penggal sebelumnya. Pelajar paling tidak menyukai soalan struktur. Sebab majoriti tidak dapat menjawab dengan baik. Lain di baca lain di soal. Kata pelajar “Alangkah baiknya kalau ada buku teks, baca buku teks sahaja tak payah baca buku rujukan lain”.

Ini antara komen anak didik cikgu. Adik-adik lain yang menduduki penggal 3 ini bagaimana pula. Sedia berkongsi pendapat anda?

3 thoughts on “Komen pelajar mengenai Penggal 3 PA

  1. assalammualaikum cikgu.. pengajian am penggal 3 bg sya sememangnya amat membosankan.. dan sya merasa tdk mempunyai semangat utk belajar apabila tiba masa pengajian am.. hal ini turut membuatkan sya merasa takut dn tertekan untk mddki peperiksaan.. habis semua keyakinan hilang.. tdk tau cara untk mengatsi kerana banyk esei lbh2 lg melibatkan isu luar negara.. sya btl2 blur.. harap cikgu bleh brikan pandangan..:(

    1. Wslm adik. Cikgu pun berhadapan dengan situasi yang sama. Pelajar kurang motivasi untuk belajar kerana tidak sukakan esei. Peringatan cikgu, pelajar perlu memotivasikan diri mereka. Pelajar perlu melihat ke hadapan. Fikirkan apa akan terjadi jika sekarang tidak serius. Fikirkan adakah penyesalan akan datang berbaloi jika adik tidak berusaha dengan bersungguh2 ketika ini. Renungkan

  2. Cikgu, boleh Cikgu send soaln2 tahun-tahun lepas Stpm x ? Walaupun sistem da bertukar tp masih ada dasar luar kan untuk sem 3 ni..tolong sy cikgu, jika ada 😦

Leave a reply to cikgupa900 Cancel reply