APA ITU PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS-PASIFIK (TPP)

Apakah TPP?

TPP bukanlah suatu FTA yang baru. TPP dalam bentuk yang dirundingkan sekarang adalah satu kelangsungan daripada rundingan TPP yang bermula dari tahun 2005, yang ditandatangani oleh Brunei Darussalam, Chile, New Zealand dan Singapura. Negara-negara asal perjanjian itu pada ketika itu, telah bersetuju untuk mengembangkan ruang lingkup perjanjian dan juga ‘keahlian’ kepada beberapa negara jemputan seperti Australia, Malaysia, Peru, Vietnam, Amerika Syarikat (AS), Mexico dan Kanada.

Terdapat banyak negara yang berminat untuk menyertai rundingan TPP tersebut. Yang menariknya, Jepun telah mengadakan satu pilihan raya untuk menentukan mandat negara tersebut untuk menyertai perjanjian ini dan khabarnya Jepun akan menyertai rundingan TPP ini pada bulan Julai nanti yang akan berunding di Kuala Lumpur.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TandatangansebelumJanuari2017/Article/index_html

Perjanjian ini merupakan satu rundingan yang melibatkan pelbagai negara dan bukan merupakan perundingan di antara Malaysia dan AS semata-mata. Rundingan tersebut melibatkan negara-negara yang telah pun mempunyai FTA sesama mereka.

Sebagai contoh, Malaysia telah pun mempunyai FTA dengan Chile, New Zealand, Jepun dan Australia. Manakala Malaysia sebagai salah satu daripada negara ASEAN juga mempunyai perjanjian perdagangan dengan Brunei, Vietnam dan Singapura.

Malaysia dan AS telah cuba berunding untuk mengadakan satu FTA tetapi telah terbantut kerana beberapa isu sensitif yang tidak dapat diselesaikan pada ketika itu, seperti isu harta intelek dan juga kontrak bekalan kerajaan atau GPA.

Secara keseluruhan, TPP sebagai sebuah perjanjian dijangka mencakupi pelbagai isu, seperti perdagangan barangan, perdagangan perkhidmatan, alam sekitar serta kelestarian sejagat, GPA, harta intelek, pelaburan dan bantuan teknikal.

Negara-negara yang menyertai rundingan TPP diberi kebebasan untuk menyenaraikan peraturan dan polisi yang tidak boleh dipatuhi sebagai sebahagian daripada perjanjian. Perlu juga diingat bahawa rundingan masih lagi berjalan dan apa yang nyata, kita perlu yakin bahawa pegawai Malaysia yang menyertai rundingan ini adalah berpengalaman, terlatih dan memahami isu yang berkaitan dengan kepentingan Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s