BUDAYA ANTIJENAYAH

Kuala Lumpur 4 Mei – Rakyat Malaysia terutama golo­ngan mu­da perlu mewujudkan budaya an­tijenayah dengan menghormati undang-undang serta menjadikan aspek keselamatan sebagai cara hidup.

Naib Pengerusi Yayasan Pen­ce­gahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, budaya serta cara hidup sedemikian perlu diamalkan segera kerana penularan jenayah keganasan kini membimbangkan.

Menurutnya, statistik tahun lalu sahaja menunjukkan sebanyak 1,632 atau 1.10 peratus kes daripada jumlah indeks jenayah kekerasan di seluruh negara dilakukan oleh pelajar sekolah.

“Isu utama yang perlu kita atasi ialah berkenaan kejadian jenayah keganasan yang kini semakin menular dalam masyarakat kita. Penularan ini membimbangkan terutama dalam kalangan remaja.

“Semua pihak terutama kerajaan dan masyarakat perlu berganding bahu dalam usaha menangani budaya keganasan dalam apa jua bentuk sekali pun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Lam Thye, penurunan nilai-nilai murni dalam masyarakat terutama melibatkan remaja jika tidak diatasi segera akan menggugat aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Katanya, setiap hari terdapat laporan tentang masalah sosial serta jenayah dan pihak berwajib tidak boleh menganggap senario tersebut sebagai ledakan daripada nikmat pembangunan semata-mata.

“Kita perlu menyiasat punca jenayah ini dan mencari jalan menghentikannya,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s