TRANSFORMASI SEIMBANG

Putrajaya: Kemampuan kerajaan membuat pertimbangan jangka pendek dan perancangan jangka panjang menjadi teras menjadi negara berjaya dengan melalui proses transformasi yang amat besar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pertimbangan itu membolehkan kerajaan membuat keputusan dan melaksanakan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat serta negara.

“Ketika lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Lyndon B Johnson pada tahun 1966, kita hanya membawa beliau melihat ladang getah di sebuah rancangan FELDA.

“Sempena kunjungan Presiden Barack Obama, beliau dapat lihat kemajuan dalam masa 48 tahun, bukan lagi pokok getah, tetapi sebuah negara yang berjaya, sudah melalui proses transformasi yang begitu besar dalam segenap lapisan kehidupan kita.

“Inilah sesuatu yang boleh kita banggakan. Antara sebabnya ialah kerana kita bukan saja memberi pertimbangan kepada keperluan semasa atau pertimbangan jangka pendek, sebaliknya kita ada kerajaan dan pentadbiran yang selama ini mampu membuat perancangan jangka panjang untuk negara,” katanya.

Keputusan tepat

Najib berkata, apabila ada kedua-dua pertimbangan jangka pendek dan jangka panjang, kerajaan boleh membuat keputusan, dasar serta pertimbangan jangka pendek tanpa mengorbankan kepentingan jangka panjang.
Beliau menjelaskan, langkah atau tindakan jangka pendek mungkin sedikit sukar dan tidak populis, tetapi ia bertujuan membawa kebaikan jangka panjang kepada rakyat serta negara.

“Contoh jelas dasar populis ialah masalah air di Lembah Klang di mana keengganan kerajaan Selangor mempersetujui cadangan Kerajaan Pusat untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2 pada tahun 2009 menyebabkan krisis bekalan air.

“Inilah hakikatnya yang ramai tidak faham dan kerajaan pula dipersalahkan, walhal kita boleh buktikan kalau cadangan Pusat pada tahun 2009 diterima, kita tidak akan menghadapi masalah air di Lembah Klang,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Prosestransformasiseimbang/Article/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s