Hipertensi rakyat membimbangkan

PULAU PINANG 16 Mei – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa masyarakat Malaysia supaya meningkatkan tahap kesedaran mengenai kepentingan tabiat pemakanan yang sihat.

Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, ini kerana peningkatan kes hipertensi merupakan satu keadaan yang dikaitkan dengan peningkatan risiko strok, kegagalan kardiak, kegagalan renal serta penyakit vaskular feriferal.

Beliau berkata, antara punca perkembangan tekanan darah tinggi adalah obesiti, kurang bersenam, stres, merokok, minuman beralkohol dan pengambilan terlalu banyak garam dalam makanan.

“Data terbaharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang dikeluarkan pada April 2011 membimbangkan di mana satu dalam tiga atau kira-kira 32.7 peratus penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mengalami hipertensi.

“Penduduk Malaysia juga didapati mengambil kira-kira 8.7 gram garam sehari iaitu 1.7 kali lebih tinggi berbanding dengan 5 gram sehari seperti yang disarankan oleh WHO. Garam makan (natrium klorida) merupakan penyumbang utama natrium dalam makanan penduduk Malaysia di mana satu sudu kecil atau 5 gram garam mengandungi kira-kira 2,000 mg natrium,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

S.M. Mohamed berkata, antara faktor utama pengambilan garam secara berlebihan di Malaysia adalah tabiat pengambilan makanan yang tidak menyihatkan seperti makanan dalam tin, makanan segera, penggunaan bahan penambah perasa yang tinggi kandungan garam dan makanan yang diawet.

“Kesemua keadaan ini merupakan penghalang utama dalam usaha mengurangkan pengambilan garam dalam makanan yang secara tidak langsung akan meningkatkan risiko kanser perut, kemerosotan dalam fungsi buah pinggang pesakit renal, asma dan osteoporosis,” katanya.

Sehubungan itu, CAP juga menggesa pihak kerajaan mewajibkan pengeluar melabelkan kandungan natrium pada produk makanan, menghentikan iklan produk makanan segera (yang mengandungi terlalu banyak garam) di televisyen dan melancarkan kempen besar-besaran untuk menggalakkan masyarakat memperbanyakkan aktiviti riadah dan senaman.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140517/dn_16/Hipertensi-rakyat-membimbangkan#ixzz31vjLbLHe
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s