Perpaduan Nasional

KUALA LUMPUR 20 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuji Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (NUCC) kerana menyokong usaha beliau dalam usaha perpaduan nasional.

‘‘Saya mengucapkan terima kasih kepada NUCC kerana menerima usaha saya untuk perpaduan nasional. Ini adalah usaha yang terpuji selaras dengan semangat 1Malaysia,’’ kata Najib dalam akaun Twitternya.

Dilancarkan pada 25 November 2013, NUCC diberi mandat menyediakan pelan tindakan nasional untuk perpaduan nasional dan kepaduan sosial. Majlis yang dianggotai 30 anggota itu dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman.

Semalam, Timbalan Pengerusi NUCC, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, setakat ini, NUCC telah mengadakan 18 sesi dialog perpaduan di seluruh negara.

Sebuah ahkbar harian berbahasa Inggeris memetik beliau sebagai berkata, 5,530 orang menyertai sesi itu dengan 1,159 orang memberikan ulasan bertulis melalui borang soal selidik yang diedarkan.

Laporan awal berdasarkan hasil dialog perpaduan dan laporan status kemajuan yang dicapai ke arah pembentukan pelan tindakan perpaduan nasional akan dibentangkan oleh NUCC kepada Perdana Menteri menjelang Julai ini, menurut artikel itu.

– BERNAMA

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140521/dn_04/Perpaduan-Nasional-Najib-puji-NUCC#ixzz32IpSjcvo
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s