RUMUS ‘ICU’

Penghargaan kepada Pn Hjh Nora Bte Sahmat, GC Pengajian Am SMK ST Joseph Kuching atas perkongsian :

Rumus ‘icu’
penjelasan
I Idea-idea sokongan yang dikemukakan melalui beberapa ayat bagi menyokong idea utama
C Contoh-contoh yang relevan untuk membuktikan kebenaran isi/idea utama
U Ulasan yang berupa kupasan /tafsiran/ pengembangan / penegasan/ penyempurnaan kepada idea-idea atau contoh

Contoh penggunaan
Soalan :
Belakangan ini banyak terdapat projek perumahan yang terbengkalai di seluruh negara yang akan menimbulkan kesan negatif kepada pelbagai pihak. Langkah-langkah tertentu perlu dilaksanakan untuk membendung masalah tersebut. Bincangkan.

Jawapan pelajar
Isi : Dijadikan sebagai tempat jenayah

Ayat lengkap :
Projek perumahan yang terbengkalai telah dijadikan sebagai tempat kegiatan jenayah. Kegiatan jenayah seperti ini sering dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kegiatan seperti mencuri besi, simen, batu-bata dan kayu sering terjadi di kawasan ini. Selain itu, kegiatan menagih dadah, rogol dan bunuh juga sering berlaku di tempat tersebut. Hal ini menyebabkan kes-kes jenayah semakin meningkat

Penggunaan borang rumus icu :
1 Projek perumahan yang terbengkalai telah dijadikan sebagai tempat kegiatan jenayah ISI
2 Kegiatan jenayah seperti ini sering dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab I
3 Kegiatan seperti mencuri besi, simen, batu-bata dan kayu sering terjadi di kawasan ini C
4 Selain itu, kegiatan menagih dadah, rogol dan bunuh juga sering berlaku di tempat tersebut C
5 Hal ini menyebabkan kes-kes jenayah semakin meningkat U

Selamat mempraktikkan teknik ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s