PELAN TRANSFORMASI NEGARA

Kejayaan Malaysia meningkatkan daya saing di peringkat antarabangsa mengatasi beberapa negara maju adalah hasil kerjasama daripada semua jabatan dan agensi kerajaan yang berusaha keras merealisasikan usaha transformasi kerajaan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata kejayaan Malaysia melonjak ke tangga ke-12 dalam Laporan Tahunan Daya Saing Dunia (WCY 2014) daripada kedudukan ke-15 yang dicatatkan tahun lalu adalah bukti terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam mentransformasikan ekonomi Malaysia, walaupun berdepan cabaran ketidaktentuan ekonomi global.
Beliau berkata, laporan WCY yang dikeluarkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) berpangkalan di Sweden itu menilai daya saing sesebuah negara berdasarkan empat faktor iaitu prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan infrastruktur.

“Kita perlu akui bahawa, pencapaian ini bukanlah mudah untuk dicapai,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Sejak lebih 20 tahun, laporan tahunan WCY yang mengandungi butiran mendalam dan jadual berserta ranking global merangkumi lebih 300 petunjuk untuk 60 negara menjadi sumber rujukan utama pelabur antarabangsa mengenai daya saing sesebuah negara.

Mustapa berkata, laporan itu membuktikan persepsi global terhadap Malaysia masih kukuh, selain mengiktiraf kejayaan Malaysia mengurus ekonomi dan kewangan serta kejayaan pelaksanaan program transformasi dan ekonomi kerajaan.

“Ini mengesahkan pandangan kerajaan bahawa kita berada di landasan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020,” katanya.
Dekan Fakulti Perniagaan Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Dr Yeah Kim Leng, berkata penambahbaikan ranking Malaysia dalam daya saing antarabangsa itu seharusnya menjadi pendorong untuk kerajaan berusaha meningkatkan lagi kecekapan serta memperbaiki beberapa aspek kelemahan yang masih wujud.

Peningkatan ranking Malaysia itu juga katanya, baik untuk menarik minat pelabur antarabangsa tatkala negara berusaha untuk meningkatkan lagi jumlah pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini.

“Namun, terdapat beberapa aspek yang masih perlu di beri penekanan untuk meningkatkan daya saing dan Malaysia juga seharusnya tidak lagi menjadikan negara yang sudah diatasi sebagai perbandingan, sebaliknya menjadikan negara di kedudukan ranking lebih tinggi.

“Sebagai contoh, walaupun sistem logistik dan penyampaian kerajaan kita sudah meningkat, tetapi masih jauh ketinggalan berbanding Singapura,” katanya.

Malaysia kekal di tangga kedua di kalangan negara ASEAN dalam Laporan Tahunan Daya Saing Dunia WCY 2014 itu, di belakang Singapura yang menduduki ranking ketiga keseluruhan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s